Sunday, January 8, 2012

Photoshooting Nature

8 Jan 2012

Baru semalam update blog. hari ni dah nak update lagi?
hehe..

Sebenarnya time maghrib semalam, bro Aidil Yusuf ada tanya aku.

Aidil: Wei esok kau free tak?
Aku: Kenape nye?
Aidil: Ikut jom.
Aku: Mana?
Aidil: Photoshoot. 

maka bermulalah kesahnye..set2 2nd year punya kelas photography ada program,
photoshoot + picnic. cikgu diorang pun ada sekali. aku nak menyibuk segan gak asalnye. 
tapi lantak laa.. photoshoot punya pasal. heheh.

aku nak mengarang panjang2 xde masa,
(esok Isnin, kelas, so malam ni nak taknak kena study).
tapi orang kata:
"A picture tells a Thousand Words"
so better the pictures do the talking ey?


gambar pertama. masa ni matahari belum terbit


First diorang bawak ke sebuah ladang mende ntah. mustard katanya. (mustard tu camne eh?)
bertolak pagi2 lepas solat subuh. gelap laa..
yang korang nampak terang tu semua disebabkan
"the magic of photography"



bro Midi dengan bangganya pakai baju Malaysia


tu dia.. baru bangun ka??

sekali imbas macam pokok kelapa kan? bukan.. pokok kecik je...

ini kak Sha. main2 dalam semak
kak Sha ni kamera dia xde bateri. so dia pinjam kamera bro Azam.
(apelah. dah tau nak photoshoot tak reti2 nak cas?) heheh


aku pun nak main dalam semak gak





Azhar pun nak main jugak
Abis laa semua orang main dalam tanaman orang. abis rosak.
(pembetulan, bukan semak)

Dan oleh kerana si Azhar ni rasa dirinya lebih hensem sikit dari orang lain,
so dia volunteer jadi model. heh



teknik silhouette

geng diorang. sebab gelap, aku cam Midi dgn Azam je.

"bangau!!" jerit Azhar

Bro Pojie nak suruh aku buat jadi rambut dia nampak perang., tapi tak berapa nak jadi.

Azhar & kak Basyirah yang perasan pelakon Hindustan

anjing yang comel sikit drpd anjing2 kat kampus kitorang. ramai lagi, satu family datang dekat kitorang.
tapi cikgu tu halau. tak sempat berkenalan. heheh

teknik silhouette lagi.


Dalam ramai2 yang ada kat sini, cuma aku sorang je pakai Canon. Yang lain semua Nikon. D90. level dia tinggi sikit dari aku punya Canon. (550D level Amateur, D90 level Intermediate). diorang siap kutuk2 kata bunyi macam  Canon macam Cancer laa.. ape laa.. bagi aku, sukati korang la nak kata ape. aku selesa dengan equipment aku.


bro Aidil nak bergambar ngan pokok pulak. 

Lepas tu disuruh naik bas. ingat dah nak balik. tapi dibawaknya ke satu lagi tempat.


petani tempatan.

errr... aku rasa boleh tahan. korang camne?
sebenarnya aku taknak besarkan semua gambar, sebab takut korang loading lambat.
tapi gambar kat bawah ni kalau tak dibesarkan korang akan nampak serabut je. 
so aku besarkanlah supaya.. ada laa jugak kecantikan yang boleh dilihat..



keta lembu. perfect. baru rasa India..

Azhar, jangan nakal-nakal...

somehow aku rasa gambar ni macam salah compose. sebenarnya aku nak ambik gambar pokok,
tapi Azam gi masuk frame. malas pulak aku nak beralih..

Africa? no.. still India.

kuning je ladang ni. teringat sawah kat kampung.
(errr... maksud aku kampung orang lain la..)

Haaaa... yang ni aku eksaited sikit nak gitau.
baru semalam aku cite pasal Wildlife, burung bagai.. hari ni kitorang jumpa
burung nuri kaler hijau paruh merah.ada dalam 5-6 ekor jugak laa,
dok main2 kat sebatang pokok.



aksi ala-ala Titanic di udara. romantik. heheh

Tori!!!

lovebird

lovebird lagi.

tak pasti, tapi kitorang rasa dalam lubang2 tu ada anak2 dia. macam dok bagi makanan betul tak?

Dogfight.
jangan salah faham, istilah dogfight tu maksudnya pertempuran antara jet2 pejuang masa perang..
aku nak cakap "air battle" sebenarnya.. (walaupun diorang cuma tengah main kejar - kejar je sebenarnya)

main dalam semak lagi

nak try teknik Macro tak berapa jadi sebab lens tak sesuai dan aku masih seorang noob.


Banyak yang aku baru belajar. contohnya, kalau korang rasa untuk sesebuah gambar tu jadi lawa, dia mesti pixel tinggi dan sharp sampai boleh nampak microscopic level,
korang sebenarnya silap. tak caye, tengok gambar kat bawah ni.   

aku snap Pojie, Pojie snap aku.

bunga blur, Pojie kat belakang tu pun blur, tapi gambar yang terhasil menjadi tak?
.
.
.
.
.
bagi aku gambar ni menjadi..




lepas tu geng2 diorang main2 kat timbunan jerami.







buat stunt sikit.

nampak kesan kaki naik tu cambest.


Azam sorang tak berani nak naik. takut runtuh. heheh.





burung menda ntah. mata dia lawa.

Dah. cukup. balik.


Aku sebenarnya ambik risiko jugak tadi.
korang tau, aku punya Canon 550D boleh sampai 18 megapixel.
tapi aku guna 4.5 megapixel je.

"ape?? kamera henset aku pun 8mp kau tau tak?!!"
aku tau. tapi tengok gambar yang terhasil? lawa tak lawa??


so, aku telah berjaya membuktikan bahawa
gambar yang cantik tidak semestinya terhasil daripada  pixel yang tinggi.






 Ansel Adams, seorang legendary photographer dari US back in 1940an pernah berkata.

"The single most important component of a camera is the twelve inches behind it."
 - Ansel Adams


aku taknak cakap lebih-lebih, nanti dicop seorang noober yang cuba berleter kepada 
noobers lain.
nak tau lebih lanjut boleh klik link ni.
Kenrockwell- Your Camera Doesn't Matter




ape pun, bagi aku, untuk menghasilkan sebuah gambar yang cantik, kita mestilah pandai mencari kecantikan yang tersembunyi di seluas alam ciptaan Allah ni. Subhanallah..

.
.
.
.
.
Yang Mencari dan Melihat,

Friday, January 6, 2012

Testing: Wildlife Photography

errrr... bila dah ek? dah lama sangat aku pun hampir lupa.

28 Nov 2011


Hah, amek kau. Tahun Lepas! haha.. kan dah kena title "Blogger Tak Berdisiplin" macam dalam contoh artikel Bahasa Malaysia. 
(ah, ape aku kesah, blog aku. bukannya aku paksa orang follow demi duit pun..)
Back to the point, post ni sepatunya dah ditulis tahun lepas lagi.. tapi disebabkan tuan punya blog terlalu busy, (atau perasan busy), maka tertangguhlah sampai hari ni.

Nak cerita nya pasal Wildlife Photography. genre ni susah nak masuk, sebab seseorang tu perlukan benda2 yang agak costly, seperti DSLR, dan Zoom Lens yang agak bagus la.. paling penting, kesabaran, sebab nak tangkap benda hidup yang sentiasa bergerak ni, 
(laju pulak tu), memang takleh pakai nasib je. aku ni dok tercongok dekat beranda tingkap bilik kat tingkat 5 ni, pegang kamera, tangan sentiasa di shutter.

View biasa dari tingkap aku

Hari tu nampak ramai je helang dok berlegar kat langit. helang ni Arep kata jenis Falcon, bukan Eagle bukan Hawk. macamana dia kenal aku tak pasti. tapi lantak la, dah namanya helang, mesti nampak keunggulannya..

terbang membelah awan


Mencari mangsa. yeah

hah. yang ni dia terbang dekat atas kepala aku. maunya tak seronok.

gambar style silhouette. background terang, subjek nampak bentuk je. 

Hari yang aku snap ni, angin dia kuat gila macam kat pantai. pastu banyak pulak burung. dan banyak jenis. tak tau kenapa, dua tiga hari lepas tu masa angin takde burung2 ni pun hilang.

masa tu ada la jugak burung merpati terbang berpasangan..
(tak sempat tangkap skandal diorang)


 Time nak snap merpati ni la paling mencabar sekali. sebab diorang suka statik. 
masa dia dok bertenggek macam gambar atas tu, aku dok membatu dengan posisi paling stabil, mata kat eyepiece, tangan kat shutter half-pressed, aim tunggu masa dia buat aksi lain (selain bertenggek laa). tak kira la bersihkan sayap ke, flight stance ke.. 
nak dijadikan cerita, lima belas minit aku aim macam paparazzi, sejenak menggeliat sakit belakang, tengok dia dah terbang pergi.

.
.
.
.
.

sungguh cheit sekali.

tapi dapat gak aa akhirnya..


smart tak?


 balik kepada cerita helang, dibawah adalah "My Pride and Joy".
 satu kepuasan peribadi yang nak dikatakan.

dia tengah swoosh ambik selekoh tajam. mata dia eye contact dengan lens. priceless


kat bawah ni pulak aku tak tau burung spesis ape. leher dia boleh panjang pendek. cool.
 sedap je dok bertenggek atas pokok. level: sama dengan tingkap aku. perfect


yang ni lepas dia terbang ke pokok yang lebih rendah sikit. gelap sikit sebab bawah tu macam hutan.


luar cerita. ini aku tangkap time jalan kaki balik main tennis.
testing-sport-photography

Sebenarnya ciptaan Allah itu luas. dan setiap perkara ada keindahan tersendiri yang Dia letakkan. Terpulang pada bagaimana kita melihat, dan cara kita menilai keindahan tersebut.

Tu jela dulu. len kali aku post lagi gambar yang lawa2.

.
.
.
.
.
Yang Melihat dan Menilai Keindahan,