Saturday, August 20, 2011

TOYOTA: korang perasan tak??

Okay, entry kali ni tentang syarikat Toyota. terdapat sebuah misteri dalam syarikat ini yang aku masih lagi tak dapat ungkaikan.



Benda ni aku mula-mula perasan waktu form 4. masa tu aku terlihat sebuah keta cikgu mempunyai lambang yang tak pernah aku lihat. aku tanya kawan aku, dia cakap entah. so aku pun pergi lah pusing2 keta tu. rupa2nya, ia sebuah Toyota Wish. jadi aku wat keputusan untuk pergi siasat sendiri perkara ni. okey, jadi di mana tempat yang paling banyak kereta? yes, parking lot. so aku pergilah ke KB Mall, ke underground parking lot dia.. berbekalkan sebuah DSLR, aku memulakan misi..

TOYOTA WISH
ini lah lambang yang pelik tu..
Toyota Wish, belakan
toyota Wish, depan
tengok, depan dan belakangnya mempunyai lambang yang berbeza. masa tu aku fikir, yang kereta Wish ni terlalu special, so diorang letak logo khusus untuk keta ni.

But later, aku perasan, yang banyak lagi keta2 Toyota yang ada logo, atau emblem sendiri. tengok gambar.


TOYOTA ALPHARD


TOYOTA ESTIMA


TOYOTA HARRIER




TOYOTA MARK X
Yang ni aku pun tak tau dia wujud sebelum ni. tau tau ternampak kat parking lot tu, keta ni baru masuk. aku pun follow laa, mengendap, tunggu keta ni dapat tempat parking. keluar je tuan dia, nampak jauh sikit, SNAP!




TOYOTA WALD
yang ni pelik gak, logo dia depan ngan belakang dua2 pakai emblem sendiri..


Haaa.. tu laa antara keta2 keluaran Toyota yang ada emblem sendiri.. ada lagi, contohnya Caldina dan Vellfire yang aku tak jumpa kat parking lot ni. dalam perjalanan balik, terjumpa kat traffic light. takkan aku nak snap jugak kot? so aku pun terpaksa laa google gambar2 keta2 tersebut..

Toyota Prius
Toyota Passo. sebijik macam MyVi.
Toyota Vellfire.
Toyota Vitz. sama dengan Yaris. tak pernah pun nampak kat Malaysia..
yang pelik nya, emblem dia sama pulak dengan Vellfire kat atas tu..


Toyota Scion. yang ni pun takde kat Malaysia.

ni emblem dia.

Emm next time aku snap sendiri gambar2 keta2 ni, aku tukar lah. buat masa ni tengok jelah gambar2 dari google ni..

Satu lagi yang aku rasa pelik, apsal keta Vios, Camry, Fortuner, Hilux etc etc xde pun personal emblem camtu.. apsal tak buat semua? tak ke jeles diorang takde emblem sendiri. ye tak?

Yang Rasa Pelik,

3 comments:

  1. yeah yang pelik wald laa...sebab toyota innova my mom pun takde emblem. emm kenapa ye? mari kita tanya tokey toyota

    ReplyDelete
  2. aku ada terpikir nak gi bajet kaya lawat kedai Toyota, tapi segan laa pulak.. haha..

    ReplyDelete
  3. fuhh!! xperasan plak,Trademark Toyota camtuh,emblem Toyota kat belakang,yang khusus untk nama dye kat depan..heheh hebat! Nak thusebab dye tanye kpd yang tahu-lah..aku x tahu hehehe :)

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..