Monday, November 4, 2013

Lambang Cinta Abadi? Not From My Perspective.

5 November 2013

Tarik nafas, hembus.

Bismillahi Ar-Rahmaani Ar-Rahiim

Dalam post kali ni aku nk update pasal trip aku dan rakan2 ke utara india. Mumbai-Delhi-Agra-Delhi-Kashmir-Mumbai balik. trip ni kitorang gi February 2013, time cuti lepas exam.

Sekarang dah bulan 11, dan aku baru nak update pasal trip aku di bulan 2 dulu. lama gila jetlag. taktau kenapa. mungkin sbb sekarang ni cuti Deepavali dan aku ni tak gi mana2, dan hostel ni kosong buat aku hampir gila, so aku buatlah apa yang aku patut to keep my sanity. heh.

Kali ni aku cuma nak cerita part of the whole trip, sbb semua detail dah blur. Namely,
Taj Mahal.


Kononnya lambang cinta, tapi ada cerita di sebaliknya.


Ok biar aku cerita dari awal.
Taj Mahal ni teretak di Agra. dalam 5 jam perjalanan dari Delhi. Tapi tu anggaran aje. maklumlah, tempatnya di pedalaman, tapi tumpuan pelancong. Government India pulak tah kenapa tak terpikir nak majukan area tu. so maksudnya kat Agra tu cuma ada Taj Mahal ni je yang berbaloi dilawati.


Anep dapat kawan baru.

Time jam ni ada laa penjaja dan street performers yang ambik peluang. Ada yang bawak monyet main2 kat tingkap van. Kitorang si tourist ni pun excited lah, semua pakat tangkap gambar. Ingat kan, free, rupa2nya lepas tu dia suruh bayar. kitorang student takde duit, berkeras tamau bayar. Pastu dia suruh delete semua gambar. Time ni aku sorok kamera. hahah. Tak haram pun, sbb dia tak bagitau. 



Haaaaa... Ni bukan Taj Mahal, ni pagar dia je.

Sampai di Taj Mahal, ada ramai photographer for hire yang ready tunggu pelancong. mula2 kitorang taknak, tapi dipendekkan cerita kitorang ambik laa sorang yang official, dia kata government punya orang. yang ni khidmat dia free, gambar je kena bayar. Aku pun rasa ok gak, kalau tak takde gambar aku. Ye lah, asyik aku je yang tangkap gambar, sape nak tangkap gambar aku?? hahah


Haaaaaa... Ni pun bukan Taj Mahal. Ni Gate dia. ada 4 yang macam ni kat Utara Selatan Timur Barat.

       Gate dia pun dah besar gabak dah. tengok lah orang dalam gambar dia atas. Nak masuk kena pass through gate nih. ada dalam 50 meter gak panjangnya.

Masuk dalam gate tu, ada satu fenomena pelik. gini, dalam gate tu macam terowong, dan dari dalam tu korang boleh nampak lah Taj Mahal tuh.  

Misterinya kat sini, first masuk korang nampak Taj tu BESAR. tapi makin dalam korang masuk, makin dekat korang dengan Taj tu, dia nampak semakin KECIL










 Nampak tak? Gambar yang kiri tu diambil di time masuk gate,
gambar kanan time keluar gate.
tak tipu punya. Menarik dan misterius kan?

Well, ada penjelasan saintifik kat sini. aku dah figure out dah, saja bagi peluang korang pikir. ok?
^ _ ^



Ni gambar dari dekat. Besar gila woooo.....



Binaan dia memang mengkagumkan. meh nak gitau fakta yang pasal binaan nih sikit.

1-Seluruh bangunan tu dibuat, diukir daripada batu Marmar.
2-Kat merata2 dinding ada Tulisan ayat al-Quran yang bukan dicat atau diukir, tapi dibuat melalui teknik "mosaic". kat bawah nanti aku cerita.
3-Bijaknya, keempat2 menara Taj dibuat condong keluar, supaya in case ada gempa bumi, menara tersebut tak akan menimpa dan merosakkan binaan utama di tengah.


Kagum tak??


Sebelum masuk kena balut kasut dengan benda ni. konon tempat suci ke menda ntah.

Nampak kapel emas mat saleh nih. sweet gila masuk berpegangan tangan.    

Taj Mahal ni bukan majid, despite rupanya yang berkubah. ianya sebuah makam, yang menyimpan jasad Shah Jahan dan isterinya Mumtaz. bila kita masuk kita akan nampak Keranda/Makam utama yang besar  dan grand kat tengah-tengah binaan, dan keranda/makam yang kecik sikit dan normal macam out of symmetry kat sebelahnya. Yang kat tengah tu makam Mumtaz, sebab dia mati dulu. yang kat tepi tu baru makam Shah Jahan.

Tapi, yang kita tengok tu bukan makam sebenar, tu cuma replika. makam sebenar ada kat underground, directly under the replica, in the exact same position. Government yang alihkan, sbb takut penjarah makam (Tomb Raider) datang curik. Gambar takdek sbb "no photography allowed" kalau ada yang tangkap curi2 pun tak lawa sbb gelap.



Ni kitorang punya tourist guide, aku lupa nama dia siapa.


Ni ukiran timbul


Mosaic

 Ni haa teknik mosaic yg aku cakap tadi. macamana dia buat?

Gini, 1st, dia ambik sekeping marmar yang besar meja makan,
(kena single piece, takleh main cantum-cantum). Marmar tu kemudiannya dia ukir dengan design yang dikehendaki dengan ukiran jenis "longkang" (yang jenis lekuk tu.. tak tau term dia sebenar camne). Lepas tu, dia ambik kepingan batu yang kaler lain, diasah dan dibentukkan, lalu digamkan dalam longkang tersebut. jadilah seperti di atas.

Kagum tak??

Dan benda halus macam tu diulang- ulang sampai tutup seluruh dinding Taj Mahal yang Besar gila tu.

Sekarang, Kagum tak???



Anep jumpa nama dia terukir kat dinding tu. heh.







Ok sekarang aku bagi the Ugly Facts pulak pasal Taj Mahal ni. kalau tak suka boleh skip.


Yang ni aku ambik dari internet, tak tau betul ke tak
1. MUMTAZ was SHAHJAHAN's 4th wife, out of his SEVEN wives ( GREAT ).
2. Shahjahan killed Mumtaz's husband to marry her ( EXCELLENT )
3. Mumtaz died in her 14th delivery ( WOW ).
4. Shahajanhan then married Mumtaz's sister ( AMAZING ).

Cinta Sejati ke????


Yang ni pulak aku belajar sendiri dari tourist guide tu dan local people.
1-Pembinaan Taj-Mahal mengambil masa selama 22 tahun
2-Dalam tempoh ini, puluhan ribu buruh mati sebab macam2 (penat, lapar, penyakit)
3-ShahJahan telah membelanjakan approximately USD1juta (sekarang) duit rakyat, demi sebuah bangunan yang fungsinya tak ubah seperti batu nisan.
4-Arkitek dan Tukang Kraf yang terlibat dalam pembinaannya akhirnya dipotong tangan mereka, kerana ShahJahan tak Mahu mereka membina sesuatu yang serupa.

Boleh terima?


Tambahan cerita Sejarah.

Jom tengok peta jap.


Pin kaler pink tu Taj Mahal. belakang dia ada sungai. seberang sungai tu ada satu tapak kosong.
(anak panah)

Ok ceritanya lebih kurang macam ni. Selepas beberapa puluh tahun Taj Mahal siap, ShahJahan pun dah tua, dan anak2nya dah jadi putera yang gagah. chewah. Time ni dia jadi gila bayang lagi sekali. dia nak buat SATU LAGI Taj Mahal HITAM di seberang sungai, bagi menandakan dirinya, untuk jadi counterpart kepada Taj Mahal Putih, yang menandakan Mumtaz.

Which means another 22 years, another thousands of deaths and another USD1million of duit rakyat.



Haaa.. Masa ni, putera dia (Anak sulung Mumtaz kalau tak silap) bangkit memberotak, sebab ayahnya dah gila. dan telah memenjarakan ShahJahan ayahandanya sendiri, 
di Agra Fort. tak jauh dari situ. Akhirnya apabila ShahJahan mangkat dalam penjara, Dia kebumikan ayahandanya dalam Taj Mahal, di sebelah Mumtaz. Sebab tu makam dia out of place.

Dan Taj Mahal Hitam terkubur bersama-sama ShahJahan.







Kesimpulannya aku nak bagitahu korang pendapat aku je. Orang ramai menganggap Taj Mahal sebagai simbol Cinta Abadi. Dahulu aku pun begitu.

Tapi kini setelah mengetahui cerita dan sejarah sebenar, Taj Mahal bagi aku hanyalah sebuah lambang Korupsi oleh pemimpin, yang menindas rakyatnya demi kepentingan peribadi yang tak penting mana pun sebenarnya.

Banyak benda dalam dunia ni nampak indah, sedangkan kita tak sedar kita sebenarnya ditipu. Kekadang kebenaran itu pahit dan hodoh. Namun bukalah minda, kajilah, siasatlah, agar kita dapat lihat yang sebenar, dan mengubahnya menjadi yang lebih baik.



Yang Mengkaji
.
.
.
.
.



Saturday, June 15, 2013

Ada apa dengan Melayu?



3 Mei 2013





  Adalah suatu hari tu. Hematology block. Time tu lecture oleh Dr Ammanagi pasal Blood Transfusion. Alam kelas yang memanjang ke belakang tu, aku duduk kat area tengah. Not too far behind to be oblivious to the class, and not to far ahead to be completely focused. Mediocre. Sahabatku yang bernama AJ duduk sebelah aku.

Then tetiba Dr tu tanya kepada kelas. "What do you know about Coomb's Test?"

Aku pernah terbaca pasal benda tu, sbb pernah keluar dalam test yg aku xdapat jawab sebelum ni. Dia ada kaitan dengan Rhesus blood. Tapi aku tak yakin. Aku pun bisik laa "Rhesus. Rhesus something"

Time tu both RG's kat depan pun tak jawab. (Rickkye & Ryan) Diorang tu past year distinction students. Maybe they know, but they didn't say it. So no answer from the students. Then AJ pun urge aku. "Bantai je laa.." "angkat tangan, jawab.."

Aku still tak yakin. After a moment of silence, Dr tu cakap. "What about Rh Compatibility?". And then he start explaining.

Pastu AJ cebik kat aku. "Tengok, penakut. Aku senyap sebab aku tak tau.. Kau tu tau kenapa tak cakap kuat-kuat? dasar Melayu.."

Pastu aku terfikir. Apsal melayu ni layu sangat? Tak cakap orang lain laa, aku cakap pasal diri sendiri.

So bagi aku, isu mulianya melayu tu tak relevan sangat. Tengok sejarah, apalaa sangat pencapaian bangsa melayu.. Bagi aku pencapaian harus dilihat pada individu, bukan pada bangsanya..

Btw, ni link ke AJ punya blog Dia ada buat sajak sikit pasal melayu nih.


.
.
.
.
.
Yang melayu tapi tak melayu

Tuesday, March 5, 2013

Bro, Say Hi To Daddy




5 Mac 2013

Minggu lepas aku dan 9 rakan yg lain ada cuti. So kami buat satu trip yg cover tempat2 penting di utrara India. Which is Mumbai-Delhi-Agra-balikDelhi-Kashmir. Which ended 3 mac lalu. Apa yg kami dah jangka tapi tak bersedia adalah:

Kashmir takde Line!

Ok so first time la setelah ownership of henset ni, aku rasai kehidupan yg putus dari dunia luar. No telephone nor internet. Nak update status² bodoh macam "sejuknye salji" atau nk instagram gambar ambik wuduk dengan ais pun tak boleh. Sabar je lah.

Time dalam flight balik ke Mumbai tu, dalam kepala aku dok pikir nk post dlm blog ni la, pasal kembara kali ni.

Sampai je kat airport Mumbai, aku on kan henset, dan internet. Tet..tet.. Masuk berbelas² mesej, wahatsapp, gmail dan fb punya notifications. Dan satu mesej dari kakak aku yg buat jantung aku "skipped a beat" adalah:

Abang aku dah Meninggal.

Ya, Abang aku. Adil bin Mohd Noor. Berumur 25 tahun. Pelajar medik tahun 4. Mansoura, Kaherah.

Rupanya kakak, mama dan abang di Malaysia dah beberapa hari cuba contact aku. Kesian mama. Baru kehilangan seorang anak, sekarang anak yg lagi seorang hilang tanpa dikesan. Rasa bersalah gila.

Well, now our immediate family is reduced again, from original seven to just five. 

Fikir balik, dah lebih 2 tahun aku tak jumpa abang. Kali terakhir adalah time cuti sem kat matrik. Masa tu ada pergolakan kat mesir, dan semua pelajar Malaysia diarah pulang. Lepas daripada tu, none. Dia tak balik even time raya. Sebab takde duit. 

There's little memory about him. Yang aku ingat, dia mmg pandai masak dan sangat rapat dengan mama. Dan, gambar dia takde dalam mana² kamera kepunyaan keluarga kami. Kalau kawan² dia di mesir ada baca post ni, mintak bagi lah link gambar yg ada dia..

Kat sini, aku can barely put up an act, as if aku ni.. Okey. Well, dia abang aku. Mesti lah aku sedih.. Nasib baik lah, kat sini aku ada kawan² yg boleh buat aku lupa kejap. Cumanya, kejap jelah. Lepas tu bila teringat, sedih balik..

Hmm.. Mati time belajar. Musafir. Itu syahid tu. Pikir balik, alangkah seronoknya kalau aku pun mati kat sini. Kat bumi India ni. Dah la syahid, pastu takde dah buat dosa.. Pastu banyak benda yg aku xyah bother nk pikir.

Tapi aku tau, Allah taknak mcm tu. Dia bagi ujian untuk kita tempuhi.. Dia nk tgk kita struggle.. Barulah boleh memenangi keredhaan-Nya..

Sekarang, aku harapan terakhir keluarga. Nak jadi doktor, dan jadi manusia yang ada nilai kepada ummah. 

Goodbye my brother. I missed you, but I know He loves you more. Give my regard to daddy, coz I'll be joining up with both of you I don't know when, but it's probably sooner than we all think.



See you soon.
.
.
.
.
.



Wednesday, January 9, 2013

Kalaulah...


11 Jan 2013

Lama gila tak update blog. Not sure if been busy or just lazy.

Well, tahun baru, azam baru. Sbagai seorang student medik 2nd year, tahun ni aku (kami) start sesi klinikal. Ambik history, dan buat segala physical examination kat patient. Well, satu yang best belajar kat USMKLE ni adalah, patient2 dia kebanyakannya masih berpegang pada kepercayaan lama, as in "doctors are 'god' ". So basically kitorang boleh try secara amali kat living patient. Great way to mug up experiences, or some might say, 'gaining xp'. Heh.

Cumanya.... Susah gila clinical kat India ni.. Mainly communication barrier. Kalau yg berbahasa Kannada tu boleh la kata silap sendiri ponteng kelas Kannada.. Abis kalau yang cakap Marathi atau Hindi?? Aku x pandai Hindi, dia x pandai English. Bagus. Macam ayam cakap dgn itik.

Pastu mulalah terkenang balik Sept 2010, bila kami diberi pilihan sama ada stay kat USM KK, atau terus fly ke USM KLE Belgaum. (Rujuk post2 awal) Kalaulah aku stay....

-"mokcik apo kaba ari ni? Make ubat doh?"
-"kito nok pegey sini deh, make sakit pokcik royak deh"
-"adik tarik napah sikit, abe nok denga denge goni (stetoskop)"

Well, Sapa tau lagu Mirae-Kiroro?

"Hora, ashi moto wo mite goran, Kore ga anata no ayumu michi"
-Look at your feet. That is your path.
"Hora, mae wo mite goran, are ga anata no miraie"
-Look at what's ahead. That is your future.

https://www.youtube.com/watch?v=M-O94ajupJA&feature=youtube_gdata_player

Choices were made, and I regret not a tiny bit. My fight's here.

.
.
.
.
.
Yang tak menyesal,

Tuesday, March 20, 2012

USM-KLE International Medical Programme.





saje letak title macam tu, supaya dapat menarik perhatian pelajar2 yang tengah merisik Universiti mana untuk sambung Ijazah Perubatan. aku nak cerita pasal program USM KLE IMP ni. overview nya, Prog ni adalah dibawah Universiti Sains Malaysia. dengan taraf APEX, USM telah membuat satu Visi yang besar, iaitu menghasilkan Doktor yang  berkualiti. tak macam U lain di Mesia, Prog Medic USM setiap tahun tiada ambilan kedua. dan USM jugak nak reducekan jumlah pelajar medic yang biasanya lebih kurang 250 kepada hanya 180 setiap tahun. Tujuannya, Kualiti. bukan Kuantiti. Jadi USM pun lancar laa satu program offshore kat sini. India.


Nak masuk sini caranya lebih kurang nak masuk U medic kat Malaysia laa.. CGPA 3.7 kot lebih kurang, pastu MUET nak selamat kena Band 4. dan macam nak masuk USM, korang kena lulus exam MUNSYI dulu.. diingatkan, program ni bukan macam medic timur tengah, so hanya lepasan STPM, ASASI, Matriks / setaraf je boleh apply. SPM belum layak lagi..


*update: cerita pasal rogram ni baru masuk paper #1 India: The Hindu News
--http://www.thehindu.com/education/college-and-university/article3220444.ece



malas nak cerita panjang2 sangat, aku bagi dia punya Pros dan Cons yang paling utama dulu.




Pros


1-Lecturers dia semua extraordinarily diligent, dedicated, dan sangat hebat. ada Prof KO yang umur dah 77 tahun, know anatomy like the back of his hands, dan boleh buat korang paham lecture satu jam tanpa slideshow. ada Dr Ravishankar, jurudissect terhandal, boleh pisahkan lapisan2 selaput kat mata korang. isteri dia, Dr Rajeshree, paling mahir dalam Physio. Dr Sadanand Patil, boleh buat TCA cycle yang complex tu nampak soo simple. dan ramai lagi. kalau nak cerita sorang2 memang tak abis. dan macam Ryan cakap, They'll train you until you fall like an elite.


2-Jumlah pelajar yang tak terlalu ramai. bawah 100 orang setiap batch. meaning, korang akan dapat lebih perhatian dan kasih sayang lecturers. and in this small number, biasanya bond antara batchmate akan lebih kukuh.


3-KLE (Karnataka Lingayat Education Society) ni top class dalam bab pendidikan kat Karnataka, India. -well funded - top class facilities. korang boleh bayangkan laa 18 buah  TV Flat Sony Bravia 40 inci tergantung dalam lab untuk student kat meja nampak pebende yang Lecturer dok tunjuk kat meja dia.


4-Kat sini kitorang ada bapak yang jaga. Deputy Dean Prof. Kamaruddin Jaalam (Prof KJ). beliau ni Prof dari Msia yang menetap kat sini beberapa tahun just for the sake of our charity. pape kau tak puas hati dengan keadaan kat sini boleh adu kat dia. kabel besar punya. Insyaallah dia boleh tolong.


5-Sini India. cadaver (mayat) banyak. so ada kelas dissection. (bahasa melayunya bedah mayat.) lebih kurang 10 cadaver baru akan disediakan setiap tahun untuk setiap batch. boleh bayangkan tukang baiki henset bukak selongkar belek2 henset dia? macam tu lah korang boleh belajar pasal jantung paru2 kidney bagai. best.


6-belajar pakai silibus USM Kubang Kerian. nanti lepas grad korang akan dapat certificate macam pelajar dalam negara. tapi korang akan dapat extra, iaitu pengalaman.


7-Senior semua baik2. hehe.. sini takde budaya ragging, "RAGGING IS A CRIME". Ala, bakal doktor, takkan nak bawak lagi budaya jahiliah macam tu? ^_^


Cons


1-Tempe (local-tempatan-tempe) ni buruk sikit perangai dia. sbb diorang tau orang Malaysia, MARA kasik pegang duit banyak, so banyak laa kencingnya. tapi kalau korang jumpa dengan tempe yang Muslim, perangai diorang lebih baik daripada kebanyakan orang melayu.


2-Tempe (lagi) budaya diorang pengotor. kalau tetiba korang nampak orang kencing berak tepi jalan tu jangan laa terkejut. benda biasa je tu..


3.... errr... aku tak dapat pikir laa apa yang aku tak suka kat sini. semua best. takpe next time aku ingat aku update.


4-Kita manusia, takkan boleh lepas daripada masalah. dan sebenarnya masalah tu lah yang buat kita jadi lebih kuat.. hidup pun kat negara orang, pasti penuh dengan dugaan. tapi boleh anggap semua tu adventure. pengalaman mengajar kita. Macam korang nak asah pisau. kenapa batu asah tu kasar macam kertas pasir? sebab kalau batu tu licin, pisau tu takkan tajam. macam tu jugak lah kita manusia. kalau hidup kita mudah je, kalau tetiba sesuatu yang pelik berlaku, mesti kita mudah snap.




datangla weh. kalau boleh juniors biar ramai lagi.
apepun korang boleh apply kat sini : https://pohon.usm.my/india/


sebarang pertanyaan, untuk pendekatan tidak formal boleh add aku:
Muhammad Nur Al Akhyar.


Insya Allah aku tolong semampu aku.

Yang Sedia Membantu,

Sunday, March 11, 2012

Kerala Adventure (Part 4)

Okeh, ini sambungan dari Part 3
Hari keempat, hari ni ada naik bot sikit. tapi itu pukul 8 pagi baru start. ada Cik Kak kat pejabat Tourist Guide tu cakap, ada permandangan sunrise yang cantik dekat jambatan. alaa, yang kat bawah ni...





Aku pun nak tau laa kan, akak tu boleh pakai ke tak kan.. So pagi tu, lepas Solat Subuh berjemaah dengan Ayep, aku pun jalan kaki ke tempat kejadian. masa tu matahari belum muncul. dan...



SNAP!


ini sebelah barat, sbb tu langit kelabu.

Rupanya memang cantik view dia.


saje yang ni aku turun jambatan nak ambik.

batang kayu nampak macam badak air

matahari baru naik

hmmm... sunrise. bila dah tinggi tak cantik dah laa... apepun, dalam pukul 8, kitorang semua gerak ke jeti. nak naik bot. istilah dia : Backwater Ride. pusing2 keliling pulau.


Yang ni ambik time atas jambatan

yang ni pun
  
burung pertama selain helang dan gagak.

Perfect.

Maka bermulalah pelayaran menaiki bot nelayan yang sederhana...
.
.
.
.
.
Macam Luffy One Piece. Noob. hahah


gambar bawah jambatan pulak.

kucing pada jarak 200 meter. (agak2 jela). lama gila dah tak pegang kucing.

anak2 nelayan bermain2 ditepi sungai



Bawah Jambatan Besar.

Oleh Sebab si Ayep ni suka sangat dok tepi bot, main celup2 kaki dalam air, Pakcik tu bagi  jaket keselamatan kat dia.



gagak kerumun makanan. nampak macam cebisan lemak terapung.


Lalu kat kawasan jeti, aku teringat kat Jeti di Tok Bali, Kelantan. ada bot nelayan yang besar2, tempat nelayan naikkan hasil tangkapan. boleh beli ikan pelik2 dengan harga yang murah sebab tak lalu ikut orang tengah.









patu sampai laa dekat Breaking Water Point, tempat kitorang enjoy sunset dalam Kerala Adventure Part 2. tempat sama, cuma tempat dia yang lain sikit. dari air.

Kat sini kitorang nampak sejenis ikan yang lompat-lompat terbang macam batu leper yang lompat atas air. korang paham kan? splash-splash....


gambar jauh


Gambar Dekat. Fascinating.


haa ini Chinese Net tu dari bawah.

burung seakan bangau atas fishing net tu.

Fly!

Have they not seen the birds above them expanding and contracting (their wings)? There is nothing that withold them except The Most Beneficient. Surely he sees everything. -Al Mulk, (67:19) 

Haa, lepas tu bot tu buat U-turn, ikut laluan tadi. nak kira view dia lebih kurang laa, sebab tu aku tak letak.. 


Actually, dalam banyak2 aktiviti yg kami buat, aku paling suka aktiviti naik bot ni. yelah, setiap orang preferences dia tak sama.. sementara Ayep obses dengan gajah dan Nadia yang bahagia hari2 mengtekedarah seafood, aku suka yang ni. sebab nature yang cantik, air yang tenang, bayu yang lembut.. semua tu membuatkan jiwa aku yang kacau jadi tenang dan tenteram.


hmm, ni baru belah pagi, belah petang punya aku tak letak sebab dah banyak sangat gambar dalam part ni. tunggu Part 5 pulak.